Sekolah Kebangsaan Sri Jerai sebagai institusi untuk mendidik murid-murid peringkat sekolah rendah sebagai persediaan ke sekolah menengah selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bidang tersebut mencakupi dalam beberapa parkara seperti berikut :
1. Pengajaran
2. Pembelajaran
3.Bimbingan dan pembentukan sahsiah
4. Kokurikulum
5. Pentadbiran
6. perhubungan dengan komuniti dan agensi luar
DASAR KUALITI
SKSJ komited untuk menyedia dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.
Bagi memastikan tujuan ini tercapai, dasar kualiti beserta objektifnya disemak dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan organisasi untuk memenuhi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Dasar kualiti ini disebar luas kepada seluruh anggoat SKSJ.
OBJEKTIF KUALITI
1. Meningkatkan, membangunkan dan mengaktifkan prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum murid keseluruhannya.
2. Memastikan 100% aduan pelanggan yang diterima diambil tindakan supaya pengurusan sekolah berjalan lancar.
3. Melaksanakan pengurusan kewangan yang efisyen tanpa teguran audit.
Monday, 23 July 2012
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sri jerai bermula sebaik sahaja Sekolah Kebangsaan Gurun (Pusat) yang merupakan satu-satunya sekolah kebangsaan yang ada di kawasan Gurun. Sekolah tersebut telah melakukan pembaikpulih dan pembinaan bangunan baru pada tahun 1981. Maka dengan itu, semua pelajar yang ada di sekolah berkenaan telah berpindah ke sekolah yang baru dibina. Maka dengan itu, semua pelajar yang berada di sekolah berkenaan telah dipindahkan ke sekolah yang baru dibina ini.Walau bagaimanapun, bangunan ini masih berada di bawah satu pentadbiran yang sama dengan Sekolah Kebangsaan Gurun. Guru Besar yang pertama yang ditugaskan ialah Encik Abdul Rahman.Mengikut sejarah, nama Sekolah Kebangsaan Sri Jerai diambil sempena nama Gunung Jerai yang tersergam indah di kawasan ini. Gunung ini merupakan mercu tanda kebanggaan bagi penduduk sekitar Gurun.
Bangunan pertama sekolah ini ialah bangunan tiga tingkat yang mula didirikan pada tahun 1981 (Blok A). Di sinilah terletaknya bangunan pentadbiran dan bilik-bilik darjah serta bilik-bilik khas, seperti Pusat Sumber Sekolah, Bilik BOSS, Bilik Bimbingan dan Kaunseling Dan Bilik guru.
Oleh kerana ada pertambahan jumlah pelajar, maka sebuak lagi bangunan dibina pada tahun 1990. Bangunan pasang siap satu tingkat ini ialah blok B yang menempatkan murid-murid tahun satu dan pra sekolah. Pada tahun 2002 sebuah lagi bangunan dibina iaitu blok C. Bangunan tiga tingkat ini bersambung dengan bangunan blok A yang menempatkan pelajar tahun lima dan tahun enam. Terdapat bilik-bilik khas iaitu Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup dan Bilik Mesyuarat.
Sekolah Kebangsaan Sri Jerai menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dari hari ke sehari dengan melakukan pelbagai perubahan dari aspek pengurusan pentadbiran, kecemerlangan akademik serta peningkatan sahsiah dan penyertaan pelajar dalam kokurikulum. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan umumnya dan Kementerian Pelajaran khususnya dalam melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang xdari segi rohani dan jasmani serta intelek.
MISI SEKOLAH
1. Meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan pendidikan.
2. Mengukuhkan integriti dalam kalangan warga sekolah.
3. Memantapkan pengurusan kurikulum ke arah pencapaian akademik yang cemerlang secara berterusan.
4. Membangunkan modal insan berakhlak mulia dan berketrampilan positif.
5. Meningkatkan penyertaan aktif dan pencapaian kokurikulum dan sukan di peringkat yang tertinggi.
6. mewujudkan infrastruktur dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
8. Menambahkan hubungan profesionalisme dengan ibu bapa, komuniti dan agensi luar.
1. Meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan pendidikan.
2. Mengukuhkan integriti dalam kalangan warga sekolah.
3. Memantapkan pengurusan kurikulum ke arah pencapaian akademik yang cemerlang secara berterusan.
4. Membangunkan modal insan berakhlak mulia dan berketrampilan positif.
5. Meningkatkan penyertaan aktif dan pencapaian kokurikulum dan sukan di peringkat yang tertinggi.
6. mewujudkan infrastruktur dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
8. Menambahkan hubungan profesionalisme dengan ibu bapa, komuniti dan agensi luar.
Subscribe to:
Posts (Atom)